Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) telah diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar. ASBF juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.
Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL) adalah asrama FELDA yang pertama ditubuhkan iaitu pada tahun 1975. Permulaan kemasukan dengan jumlah pelajar seramai 51 orang, ASBFKL ditubuhkan bertujuan utama untuk memberi peluang kepada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA yang tinggal di rancangan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih terjamin dan berterusan serta berdaya maju dalam bidang akademik, jasmani rohani untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di bandar.
ASBFKL kini terletak di Jalan AU 2C, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur dan diuruskan oleh seorang Pengurus Asrama. Sehingga kini, tawaran penempatan pelajar di ketiga-tiga buah Asrama Semai Bakti FELDA telah dibuka kepada anak/cucu Peneroka dan anak kakitangan kumpulan FELDA.
Alamat: Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur Jalan Au 2c, Ampang Ulu Klang, 54200 Kuala Lumpur (Telah berpindah ke penempatan semantara di Anjung FELDA, Jalan Maktab Kampung Datuk Keramat 54000, Kuala Lumpur) berikutan bangunan sedia ada ASBFKL dalam proses menaiktaraf.
Telefon: 03-42576166
Emel: asbkl@felda.net.my
Selepas kejayaan menubuhkan ASBFKL, FELDA telah menubuhkan Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang pada tahun 1978 yang kemudiannya telah ditukar kepada Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan (ASSBFK).
Pembangunan ASSBFK diteruskan dengan visi dan misi yang sama iaitu visi menjadikan Asrama Semai Bakti FELDA sebagai salah satu pusat pembelajaran yang melahirkan generasi FELDA yang berpendidikan, setanding dengan masyarakat luar. Manakala, misi Asrama Semai Bakti FELDA ialah berusaha melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik, ko-kurikulum dan berhemah tinggi serta memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui permuafakatan dan usaha gigih di kalangan petugas dan warga asrama. Sepertimana ASBFKL, ASSBFK juga menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran serta aktiviti luar kelas kepada pelajar-pelajarnya. Bas juga disediakan untuk pengangkutan pelajar pergi dan balik daripada sekolah.
Alamat: Asrama Sri Semai Bakti FELDA Kuantan Jalan Haji Abu Bakar, 25050 Kuantan, Pahang.
Telefon: 09-5147755
Emel: assbk@felda.net.my
Asrama Semai Bakti FELDA JOHOR BAHRU (ASBFJB) telah ditubuhkan pada tahun 1983. Penubuhan ASBFJB adalah untuk menyediakan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar Johor Bahru.
ASBFJB juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi. ASBFJB telah menyediakan peluang pendidikan lebih daripada 40 tahun serta melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik. Sehingga kini, tawaran penempatan pelajar di ASBFJB dibuka kepada anak/cucu Peneroka dan anak kakitangan FELDA & kumpulan FELDA.
Alamat: Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru Lot 12760 Jalan Tasek Utara 80100 Johor Bahru Johor Darul Takzim (Telah berpindah ke penempatan sementara di B7-G-10, Jalan Prisma 3, Rumah Iskandar Malaysia, Gelang Patah,79200 Johor Bahru ) berikutan bangunan sedia ada ASBFJB dalam proses menaiktaraf.
Telefon: 07-5099528
Emel: asbjb@felda.net.my